My Add

Wednesday 18 January 2012

SPRM Johor tahan 3 pegawai PPDNKK

JOHOR BAHRU RABU, 18 Januari, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan tiga pegawai penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membantu siasatan berhubung penerimaan rasuah. 

Difahamkan pegawai berumur antara 32 dan 44 tahun itu dipercayai menerima suapan daripada seorang pemilik kilang bagi mengelakkan dikenakan tindakan terhadap perniagaan yang dijalankannya.

Ketiga-tiga mereka yang ditahan di bandar raya ini semalam, dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini selepas keterangan mereka direkodkan.

Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment