My Add

Saturday 14 January 2012

Sultan Selangor perkenan gugur Hasan Ali sebagai Exco

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN

SHAH ALAM, JUMAAT, 13 Januari, 2012:Nasib Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sebagai Exco kerajaan negeri hari ini terjawab apabila atas nasihat Menteri Besar Selangor beliau digugurkan dari jawatan itu selepas dipecat sebagai ahli Pas pada 8 Januari lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pagi tadi bagi mendapatkan perkenan baginda mengenai pengguguran Hasan sebagai exco itu.

"Memandangkan Datuk Dr. Hasan bukan lagi ahli Pas, saya telah membuat keputusan bahawa Datuk Dr. Hasan tidak lagi boleh menjadi ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dan telah menasihati Tuanku untuk membatalkan pelantikan beliau (dari jawatan itu).

"Tuanku telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan Datuk Dr. Hasan sebagai ahli MMKN," katanya pada sidang media di Bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment