My Add

Monday 9 January 2012

Tahun 2012 lebih mencabar buat penjawat awam - Muhyiddin

PUTRAJAYA, ISNIN, 09 Januari, 2012: Tahun 2012 bakal menjadi tahun lebih mencabar buat penjawat awam dalam memastikan segala peruntukan, program serta dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, penjawat awam perlu menentukan peruntukan besar yang diputuskan dalam Belanjawan negara tahun ini dapat diurus tadbir dengan baik.

"Dalam situasi tidak menentu maka tugas dan tanggungjawab penjawat awam menjadi lebih utama dan penting, tahun lepas penting juga tetapi tahun ini lebih penting,” katanya sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata, beban tugas dan tangungjawab penjawat awam kini lebih besar iaitu bagi memastikan kesan perbelanjaan peruntukan itu dapat memberikan impak untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Kita tahu rakyat berada dalam keadaan lebih sukar, kenaikan kos hidup sudah mula terasa sebab itu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengambil langkah berani dengan memberikan tumpuan dan perhatian bagaimana beban hidup rakyat dapat dikurangkan,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment