My Add

Wednesday 11 January 2012

Tempoh pendaftaran 6P tidak akan dilanjutkan

PUTRAJAYA, RABU, 111 Januari, 2012: Kerajaan tidak akan melanjutkan tempoh pendaftaran dan pengampunan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) yang berakhir semalam.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, secara pentadbiran proses permohonan pemutihan akan diteruskan bagi Pekerja Asing Tanpa izin (PATI) yang telah berdaftar sepanjang tempoh 1 hingga 31 Ogos tahun lalu.

Jelasnya, pertimbangan itu dibuat di atas rayuan para majikan bagi melengkapkan proses pemutihan, pengeluaran dokumen yanga berkaitan dan temuduga dengan agensi kawal selia.

“Oleh itu, bagi majikan yang masih belum berbuat demikian adalah dinasihatkan untuk berurusan segera sama ada di Pusat Sehenti (OSC) di Putrajaya iaitu Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia; Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia atau Pejabat Pengeluar Pasport Presint 15.

“Selain, Kompleks KDN Jalan Duta, Kuala Lumpur, Pejabat Imigresen Pelabuhan Klang, Selangor, Kompleks KDN Johor Bahru, Johor, Kompleks KDN Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Kompleks KDN Kuantan, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tempoh program 6P bermula Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Mahmood berkata, sehingga hari ini sejumlah 323,093 PATI membabitkan 21,965 majikan telah diputihkan dan diampunkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment