My Add

Tuesday 17 January 2012

Terengganu mohon pinjaman RM500 juta projek bekalan air

KEMAMAN: Kerajaan negeri Terengganu akan memohon pinjaman sebanyak RM500 juta dari kerajaan pusat untuk membiayai projek bekalan air di kawasan perindustrian Teluk Kalong dekat sini bagi keperluan industri. 

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata bekalan air di kawasan itu meningkat dari semasa ke semasa berikutan pertambahan kilang baru termasuk Kilang Keluli Bersepadu Eastern Steel yang sedang dibina.

"Apabila kilang Keluli Bersepadu Eastern Steel siap nanti bil airnya saja dijangka akan mencecah RM1 juta sebulan dan sebelum ini, Perwaja Steel hampir RM400,000 sebulan sementara Tioxide Malaysia Sdn Bhd mencapai RM500,000 sebulan.

"Sebab itu kita amat memerlukan pinjaman ini dan kita sudah melantik konsultan sebagai langkah awal melaksanakan projek bekalan air tersebut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dana Tahun Baru Cina 2012 peringkat daerah Kemaman di Dewan Datuk Seri Amar Diraja, di sini, hari ini. 

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera; ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman dan ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar. 

Katanya, projek tersebut dijangka akan memakan masa dua hingga tiga tahun untuk disiapkan dan sebagai langkah sementara kerajaan negeri akan membeli air daripada Petronas dengan menarik bekalan air di Dungun. 

Sementara itu, seramai 1,577 orang menerima Dana Tahun Baru Cina itu membabitkan seramai 1,059 dari DUN Chukai, 337 (DUN Kemasik), 155 (DUN Kijal) dan 26 (DUN Air Putih) yang membabitkan perbelanjaan RM400,500. - BERNAMA

1 comment:

  1. Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
    Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
    Pelaburan Pinjaman Peribadi.
    Pinjaman harta Pelaburan.
    Pinjaman penyatuan.
    Pembinaan Pinjaman.
    Pilih satu atau pembayaran-tahun.
    Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
    Terma pinjaman yang fleksibel.
    Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
    Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

    ReplyDelete