My Add

Monday 9 January 2012

Terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 Januari, 2012: Semua pihak perlu menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Tinggi esok berhubung perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak, perbicaraan berkenaan hanyalah satu kes biasa dan tidak perlu dianggap sesuatu yang istimewa atau luar biasa.

''Tidak perlu ada huru-hara kerana ia adalah kes perundangan biasa yang telah melalui prosedur yang sepatutnya dan diadakan secara terbuka untuk diikuti oleh semua pihak termasuk pakar undang-undang,'' katanya.

Malah, kata beliau, telah banyak tokoh politik tempatan dan antarabangsa yang disabitkan dengan kesalahan berdasarkan sistem perundangan negara masing-masing.

''Sistem perundangan dan kehakiman tidak boleh dikaitkan dengan politik, undang-undang termaktub untuk semua. Tidak ada undang-undang yang berbeza untuk individu tertentu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Dalam pada itu, pensyarah Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayum Jawan menegaskan, pihak yang tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan mahkamah boleh membuat rayuan.

''Sistem perundangan negara tidak pernah menafikan hak rakyat, namun jika ada pihak yang beranggapan kes ini boleh mengubah sistem politik negara, maka itu kenalah tunggu pilihan raya nanti,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment