My Add

Friday 20 January 2012

"Tiada penolakan di kaunter” elakkan keciciran kes Perkeso

BUTTERWORTH, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Dalam usaha meningkatkan perkhidmatannya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kini melaksanakan dasar ”tiada penolakan di kaunter”.

Timbalan Ketua Eksekutif Operasi Perkeso, Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, dasar itu yang dilaksana sejak Oktober tahun lepas, bertujuan mengelakkan keciciran kes membabitkan pencarum.

"Contohnya jika seorang pelanggan datang ke pejabat Perkeso untuk menyemak statusnya dan didapati namanya tiada dalam senarai pencarum, pegawai di kaunter tidak boleh menolak permohonan pelanggan tersebut sebaliknya perlu membuat semakan pendaftaran majikan kemudian daftarkan nama pelanggan itu sebagai pencarum.

"Dengan adanya peningkatan sistem ini, kaunter tidak boleh membuat keputusan bagi pihak pengurusan, sebaliknya perlu membuat rujukan. Peningkatan sistem ini bertujuan mengelakkan berlakunya keciciran kes khususnya dalam membuat tuntutan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment