Timbalan Perdana Menteri berkata, SPR adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Parlimen dan sebuah jawatankuasa pilihan khas parlimen sudahpun ditubuhkan bagi menambahbaik sistem pilihan raya sedia ada.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada suruhanjaya itu untuk melaksanakan tanggungjawabnya tanpa berkongsi kuasa dengan mana-mana agensi.
Akhbar tempatan memetik Abdul Rashid sebagai berkata kerajaan juga disarankan mewujudkan sebuah badan bebas bagi memastikan pilihan raya dapat memuaskan hati semua pihak.
Muhyiddin berkata, beliau tidak pasti maksud sebenar Abdul Rashid itu tetapi kerajaan bersedia untuk menerima sebarang cadangan dan mempertimbangkannya jika perlu.
Kerajaan, katanya, tidak nampak adanya keperluan untuk menubuhkan sebuah badan khas yang dimaksudkan itu kerana semuanya telah berjalan dengan betul dan cadangan penubuhan jawatankuasa pilihan khas parlimen itu diteliti oleh SPR. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment