My Add

Sunday 22 January 2012

Tidak lapor kes denggi dikenakan tindakan - Tiong Lai

KUALA LUMPUR, AHAD, 22 Januari, 2012: Pengamal perubatan yang tidak melaporkan kes denggi yang dirawat di fasiliti kesihatan masing-masing akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 10, Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, di bawah akta itu, semua pengamal perubatan bertanggungjawab melaporkan kes demam denggi kepada Pejabat Kesihatan yang terdekat dalam tempoh 24 jam. "Kementerian Kesihatan memandang serius perkara ini kerana kegagalan melaporkan kes menyebabkan tindakan kawalan tidak dilakukan dan seterusnya menyumbang kepada penularan jangkitan yang berterusan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada tahun lepas, enam pegawai perubatan hospital swasta di Petaling Jaya dikompaun RM1,000 seorang kerana gagal melaporkan kes demam denggi yang dirawat di fasiliti mereka.

"Kementerian Kesihatan mendapati 213 kes demam denggi dari daerah Petaling yang dirawat di hospital berkenaan pada tahun 2011 dan daripada jumlah tersebut, enam kes demam denggi tidak dilaporkan di mana-mana pejabat Kesihatan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment