My Add

Saturday 21 January 2012

Tindakan saman hentikan fitnah

TEMERLOH, SABTU, 21 Januari, 2012: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, tindakan undang-undang yang diambil ke atas dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam adalah bagi menghentikan segala fitnah mereka terhadap beliau.

Menurut Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu, sejak kebelakangan ini fitnah ke atasnya oleh kepimpinan pembangkang sudah di tahap melampau dan kian menjadi-jadi.

‘‘Seolah-olah mereka sahaja yang ada hak tetapi hak orang lain dinafikan. Saya terpaksa bertegas dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan supaya budaya fitnah di kalangan pembangkang dapat dihentikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Barisan Nasional (BN) Negeri Pahang yang dirasmikan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob di Dewan Tun Razak di sini kelmarin.

Semalam, Shahrizat memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Pengarah Strategik PKR, Mohd. Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin sebagai defendan pertama dan kedua berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) melalui Tetuan Shafee & Co.

Shahrizat selaku plaintif mendakwa Mohd. Rafizi dan Zuraida telah melancarkan satu kempen strategik untuk mencemarkan nama baiknya dengan mengaitkan diri beliau dengan NFC sedangkan menteri itu tidak memegang jawatan atau memiliki ekuiti dalam projek tersebut mahupun Agro-Science Industries Sdn. Bhd. (Agro-Science).

Agro-Science diterajui suami Shahrizat, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya, Wan Shahinur Izmir, Wan Shahinur Izran serta Wan Izzana Fatimah Zabedah merupakan syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment