My Add

Thursday 12 January 2012

Tingkatkan kualiti hidup: Model Baru Sosial akan dibentuk

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memperkenalkan Model Baru Sosial bagi memantapkan Dasar Sosial Negara dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat.

Menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, model itu juga diharap dapat menangani masalah sosial yang semakin mencabar terutamanya di kalangan golongan muda.

"Dasar yang ada memang amat bagus tapi ia mungkin perlu diolah sedikit kerana cabaran hari ini pelbagai... kalau cabaran dah lain, memang menjadi tanggungjawab kementerian untuk menilai semula dasar itu,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pembentukan Model Baru Sosial di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment