My Add

Thursday 19 January 2012

Transformasi akan diteruskan demi kesenangan rakyat

TEMERLOH, KHAMIS, 19 Januari, 2012: Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus melakukan transformasi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagaimana pun, Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, proses transformasi oleh kerajaan perlu mendapat sokongan rakyat kerana sukar dilakukan tanpa penyertaan daripada mereka.

"Kita tidak boleh berada ditakuk lama, sebaliknya perlu bersama kerajaan dalam usaha meningkatkan pendapatan perkapita negara yang sekaligus dapat meningkatkan pendapatan rakyat,” ucapnya pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Dewan Undangan Negeri Lanchang di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Lanchang, Datuk Mohd. Shakar Shamsuddin. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment