My Add

Tuesday 10 January 2012

UMNO tidak tawar keahlian kepada Hasan Ali - Muhyiddin

PUTRAJAYA, SELASA, 10 Januari, 2012: UMNO tidak membuat apa-apa tawaran keahlian kepada anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat oleh Pas semalam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO ketika ditanya kemungkinan Hasan menyertai UMNO berkata, bahawa sebagai pemimpin bijak dan berpengalaman, Hasan boleh memilih mana-mana parti politik yang dianggap sesuai dengan perjuangannya.

"Kita (UMNO) tidak terburu-buru dalam hal ini, malah kita tidak membuat apa-apa tawaran pun. Mungkin dia (Hasan) dapat fahami secara dalam apa Pas sebenarnya.

"Kita tak pula kata nak halang tetapi seperti semua sedia maklum, UMNO membuka pintunya kepada sesiapa yang menyokong perjuangan kita,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan perutusan khas sempena tahun baru kepada warga Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, apa yang berlaku kepada Hasan adalah urusan dalaman Pas dan UMNO tidak mencampuri masalah parti lain. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment