My Add

Saturday 14 January 2012

Usah adil dibibir saja, tapi zalim dihati

SABTU, 14 Januari, 2012
CEPAT dan patas. Deras dan laju. Tanpa berlengah dan membuang masa lagi, Menteri Besar, Tan Sri, Khalid Ibrahim lantas memecat Datuk Dr Hasan Ali dari kabinet kerajaan PKR Selangor, pimpinannya.
Dr Hasan Ali
Tindakannya itu pelek sedikit meskipun tidak memeranjatkan.

Dr Hasan, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, dipecat daripada Pas Ahad lalu, atas alasan tindakannya yang dikatakan menyalahi dan merugikan kepentingan parti itu. 

Yang dipertikai, pemecatan Dr Hasan sebagai ahli Pas belum lagi 'sahih' kerana beliau masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayauan.

Entahlah jika pintu rayuan sudah 'ditutup' rapat.

Jadi, wajar dan adiilkah Khalid tampil menghukum Dr Hasan terlalu awal, walhal kedudukan beliau dalam Pas belum selesai. 

Mungkin selesai bagi Pas Pusat kerana barangkali ia terleka untuk berpegang kepada aturan peraturan akta pertebuhan.

Mungkin perlembagaan Pas membenar atau 'menghalalkan' keputusan boleh diambil sebegitu rupa?

Jika tidak silap, hingga kini ADUN kawasn Gombak itu belum lagi mengemukakan rayuannya. Dr Hasan juga belum menyatakan sama ada beliau mahu merayu hukuman yang diterimanya atau pun tidak.

Pas Pusat sendiri setakat ini tidak berterus terang, memaklumkan sama ada Dr Hasan boleh merayu atau sebaliknya.

Hanya Murstidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sahaja yang bersuara menyatakan Dr Hasan boleh merayu.

Nampaknya keputusan Pas Pusat bersabit pemecatan Dr Hasan macam samar-samar dan tergangtung.

Usah adil dibibir saja, tapi zalim dihati!

No comments:

Post a Comment