My Add

Monday 16 January 2012

USM hargai polis tangani isu pelajarnya buat kenyataan ugutan

GEORGETOWN, ISNIN, 16 Januai, 2012: Universiti Sains Malaysia (USM) menghargai tindakan polis dalam menangani kes seorang pelajar institusi itu yang mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blog miliknya. 

Naib Canselornya, Prof Datuk Omar Osman, berkata USM menghargai tindakan pihak berkuasa dalam menangani perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Semua pihak perlu berhati-hati dan menyedari implikasi terhadap apa saja yang diletakkan dalam laman blog serta membuat pertimbangan bijak dalam apa juga tindakan yang diambil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas penahanan seorang pelajar jurusan kejuruteraan universiti itu semalam berhubung kenyataan pelajar berusia 24 tahun itu untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke USM minggu depan. 

Polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan bagi membolehkannya menduduki peperiksaan hari ini. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment