My Add

Wednesday 18 January 2012

Wakil rakyat UMNO digesa isytihar harta untuk yakinkan rakyat

GEORGETOWN, RABU, 18 Januari, 2012: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini menggesa semua 11 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) UMNO di negeri ini mengisytiharkan harta bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti itu. 

Setiausaha KMPP, Mohd Noor Mohd Abdul Kader, berkata langkah itu akan membuktikan ketelusan mereka sekali gus meyakinkan rakyat untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Selain Adun UMNO di Pulau Pinang, KMPP juga mahu wakil rakyat dari pakatan pembangkang turut mengistiharkan harta mereka secara telus agar rakyat negeri ini dapat menilai kedudukan mereka," katanya pada sidang akhbar di sini.

"KMPP membuat gesaan itu susulan tindakan 10 Exco kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengisytiharkan harta masing-masing baru-baru ini," katanya. 

Selain itu, Mohd Noor berkata, KMPP yakin UMNO mampu memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang jika parti itu memberi peluang kepada muka baru yang berkelayakan. 

"Kami percaya jika calon 'winnable candidate' bertanding lebih banyak kerusi UMNO akan menang dan ini secara tidak langsung akan membantu orang Melayu di Pulau Pinang," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment