My Add

Saturday 21 January 2012

Wanita tempatan jadi keldai dadah membimbangkan

KUALA LUMPUR, SABTU, 21 Januari, 2012: Bilangan wanita yang dijadikan mangsa keldai dadah semakin membimbangkan apabila angka itu menunjukkan peningkatan mendadak dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, kira-kira 60 peratus daripada 882 mangsa keldai dadah yang kini meringkuk dalam penjara di luar negara adalah wanita.

Menurutnya, jumlah itu selari dengan peningkatan wanita berpendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

"Hampir setiap bulan Kementerian Luar menerima laporan berhubung mangsa keldai dadah.

"Hakikatnya, sebahagian besar yang melakukan 'aktiviti' itu tahu mengenainya tetapi apabila ditahan, mereka enggan mengaku dan seolah-olah menggambarkan mereka dijadikan mangsa," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Kohilan berkata, mereka yang menjadi mangsa adalah antara lingkungan usia 20 hingga 35 tahun.

Tambah menyedihkan lagi, kata beliau, kini orang kurang upaya dan ibu tunggal pula menjadi sasaran terbaru sindiket tersebut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutama wanita supaya tidak terpedaya dengan kata-kata manis mereka yang tidak dikenali khususnya dalam laman sosial seperti Facebook.

"Trend ini menunjukkan peningkatan mendadak sejak kemunculan Facebook dan Skype," jelasnya. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment