My Add

Friday 10 February 2012

100 peratus anggota ATM terima opsyen SBPA

KOTA KINABALUJUMAAT, 10 Februari, 2012: Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima tawaran opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi anggota tentera yang berkuat kuasa 16 Januari lepas.

Beliau berkata, skim yang berlainan dengan SBPA bagi penjawat awam itu mendapat persetujuan 100 peratus anggota selepas mendapat penjelasan terperinci daripada lebih 20 sesi dialog yang diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak mulai Disember tahun lepas.

"Selepas sesi dialog yang dijalankan secara santai dalam nilai ATM yang jarang diadakan (selalunya formal) dan apabila santai, anggota-anggota lain pangkat dari peringkat bawahan tidak malu bertanya dan mereka mendapat kefahaman jelas.

"ATM mempunyai cara pendekatan yang amat komprehensif (memberi penjelasan mengenai SBPA) di bawah kelolaan Bahagian Perkhidmatan yang diketuai oleh Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog berhubung SBPA bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment