My Add

Thursday 9 February 2012

140 rakyat Myanmar dipenjara lima bulan

LANGKAWI, KHAMIS, 09 Februaru, 2012: Seramai 140 orang rakyat Myanmar yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada Disember dan Januari lalu dijatuhi hukuman penjara lima bulan. 

Tujuh lagi pendatang tanpa izin Myanmar di bawah umur diserah kepada Jabatan Imigresen bagi tujuan pengusiran.

Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Utara, Laksamana Maritim Tan Kok Khee, berkata hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Langkawi di sini, Selasa lalu.

Katanya, 89 orang yang ditangkap pada 1 Disember lalu dituduh mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dijatuhi hukuman penjara lima bulan bermula tarikh tangkapan. 

"Dua orang diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran kerana masih di bawah umur," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, seramai 51 orang lagi yang dikenakan hukuman penjara lima bulan itu ditahan pada 18 Januari lalu dan dituduh mengikut seksyen yang sama manakala lima lagi diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran. 
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment