My Add

Wednesday 8 February 2012

1Care: Kemenetrian Kesihatan disaran lebih terbuka

KUALA LUMPUR, RABU, O8 Februari, 2012: Kementerian Kesihatan disaran agar lebih terbuka mengenai cadangan dana insurans 1Care yang memerlukan semua pekerja dan peniaga membayar 10 peratus daripada gaji bulanan mereka untuk tujuan penjagaan kesihatan.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata rakyat Malaysia perlu mengetahui butir-butir mengenai dana itu sebelum mereka membuat keputusan jika ia merupakan yang terbaik untuknya.

"Apa yang kita perlukan adalah perbincangan terbuka dan satu perdebatan nasional di mana setiap orang boleh memberikan pandangan mereka. Ini sangat penting, satu isu yang memberikan manfaat hanya bagi kepentingan tertentu tetapi merugikan orang lain,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, beliau tidak pasti jika ia merupakan satu skim oleh kerana Chang tidak ada maklumat sepenuhnya tetapi laporan awal menyatakan ia seperti perubatan berbentuk sosial yang diambil contoh daripada Khidmat Kesihatan Nasional United Kingdom.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, baru-baru ini bahawa cadangan itu belum lagi dimuktamadkan.

“Belum ada keputusan, malah gaji 10 peratus (caruman wajib) adalah cadangan...Ia belum lagi pada peringkat dasar,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment