My Add

Wednesday 15 February 2012

20 bot nelayan asing tunggu masa ceroboh perairan negara

PASIR PUTEH, RABU, 15 Februari, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan kira-kira 20 bot nelayan asing terutama dari Vietnam, dipercayai sedang menunggu masa untuk menceroboh perairan negara di kawasan pantai timur, untuk menangkap sotong. 

Komander APMM Tok Bali, Zainin Abdul Majid berkata, ini berikutan pada masa ini, perairan negara mengandungi banyak sotong, selepas musim laut bergelora semakin berkurangan.

"Bot-bot mereka sedang belegar-legar di perairan antarabangsa dan akan memasuki perairan negara ini pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita di Tok Bali di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment