My Add

Friday 3 February 2012

3 masjid baru boleh tampung 3,000-5,000 jemaah dibina di KL

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) memperuntukkan RM157.6 juta bagi membina dan menaik taraf masjid dan surau serta sekolah rendah agama (SRA) di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antaranya kerajaan akan membina tiga buah masjid baru yang boleh menempatkan seramai 3,000 hingga 5,000 orang dengan kos RM34.5 juta.

Masjid-masjid itu ialah Masjid Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tun Razak yang akan dibina dengan kos RM13 juta, Masjid Brickfields di Lembah Pantai (RM13 juta) dan Masjid Bandar Baru Bukit Jalil (RM8.5 juta).

"Sebanyak tujuh buah masjid sedia ada akan dibina semula melibatkan kos RM77.1 juta,” katanya dalam kenyataan sempena lawatannya ke Masjid Kampung Baru di sini serta menunaikan solat Jumaat di situ.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment