My Add

Thursday 16 February 2012

Bapa bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia

ALOR SETAR, RABU, 15 Februari, 2012: Veteran UMNO, Syed Zain Syed Ali, bapa kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak meninggal dunia hari ini.

Allahyarham veteran UMNO Kedah meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat sakit tua di kediaman keluarganya di Taman Bunga Raya dekat Jitra kira-kira pukul 1.15 tengah hari tadi.

Beliau meninggalkan empat orang anak manakala isterinya telah meninggal dunia kira-kira lima tahun lepas.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Kubang Rotan di Kuala Kedah dekat sini selepas solat Isyak malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah bagi pihak kerajaan pusat kepada keluarga Syed Razak melalui panggilan telefon. — BERNAMA


No comments:

Post a Comment