My Add

Thursday 9 February 2012

Bekas tentera sudah diberikan sagu hati

KUCHING: Bekas tentera tidak seharusnya menyamakan kedudukan mereka dengan bekas polis berhubung pemberian sagu hati RM3,000 oleh kerajaan, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad di sini, hari ini. 

Katanya, sagu hati yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2012 itu hanya diberikan kepada bekas anggota polis yang tidak berpencen dan tidak pernah menerima bantuan seumpama itu sebelum ini.
"Kita memang sudah memberikan bantuan kepada bekas tentera sebelum ini," katanya selepas menghadiri taklimat tertutup berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk pegawai dan anggota tentera di Kem Penrissen di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Persatuan Renjer Sarawak, Selasa lalu meminta kerajaan menimbang pemberian sagu hati kepada bekas tentera yang pernah berkhidmat pada zaman darurat dan konfrontasi seperti mana yang dinikmati bekas anggota polis. 

Setiausaha Agung Protem persatuan itu, Kapten (B) Mohd Johari Ibrahim, berkata 14,000 veteran tentera yang pernah berkhidmat dalam era itu, wajar menerima sagu hati berkenaan memandangkan pengorbanan mereka sama seperti anggota polis ketika itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment