My Add

Thursday 9 February 2012

Bicara kes hasutan Karpal Singh, 30 Mei

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 09 Februari, 2012: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 30 dan 31 Mei untuk perbicaraan kes peguam Karpal Singh yang diperintah membela diri atas tuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Hakim Azman Abdullah menetapkan tarikh tersebut selepas kes itu disebut di hadapannya hari ini setelah Mahkamah Rayuan memerintahkan Ahli Parlimen Bukit Gelugur itu membela diri.

Karpal yang diwakili peguam Gobind Singh Deo sebelum itu memohon penangguhan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan itu yang memerintahnya membela diri.

Terdahulu Gobind memberitahu bahawa pihaknya telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 26 Januari lalu dan memerlukan masa sementara menunggu keputusan.

Tambahnya, pada perbicaraan kelak Karpal akan memberi keterangan secara bersumpah. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment