My Add

Sunday 19 February 2012

BN perlu guna formula 4M hadapi PRU13

KUCHING, SABTU, 18 Februari, 2012: Jentera penerangan Barisan Nasional (BN) disaran menggunakan formula empat 'M' iaitu media bersemuka, media cetak, media digital dan media elektronik dalam usaha memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, empat 'M' itu merupakan pendekatan penting dalam mendampingi rakyat dan berharap jentera penerangan BN akan menggunakan formula tersebut.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, BN bagaimanapun tetap meneruskan usaha melalui media bersemuka termasuk mengadakan pertemuan dengan orang ramai seperti dari rumah ke rumah, selain menganjurkan pelbagai siri ceramah.

“Selain itu, kami akan mengedarkan bahan cetak merangkumi buku atau risalah pada majlis anjuran BN,” katanya selepas menghadiri majlis jentera penerangan BN di sini hari ini.

Ahmad berkata, sementara penggunaan media digital atau media baru, seperti blog, laman sosial Facebook perlu diikuti kerana ia merupakan medium pilihan golongan muda pada masa kini.

"Anak muda tak minat datang ceramah, mereka suka baca blog jadi kita kena ikut dan jangan tertinggal daripada media maya," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment