My Add

Friday 10 February 2012

Bomba tidak lantik mana-mana pihak beri ceramah kebakaran

PUTRAJAYA, JUMAAT, 10 Februari, 2012:: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau agensi untuk melaksanakan sebarang program ceramah, taklimat atau penjualan produk keselamatan kebakaran kepada masyarakat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat, Sobberi Basiran berkata, pihaknya banyak menerima aduan berhubung perkara itu.

Meskipun bomba tidak boleh menghalang mereka melaksanakan aktiviti itu setelah berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001, beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya lebih mengutamakan khidmat nasihat percuma daripada bomba.

"Mengenai penjualan produk pula, orang ramai hendaklah mendapat kelulusan Sirim dan dinasihatkan melakukan semakan harga di pasaran," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment