My Add

Sunday 19 February 2012

BR1M bukan rasuah, pancing undi - Razali

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

MUAR, SABTU, 18 Februari, 2012: Seramai 20,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah pembangkang mengatakan pemberian itu adalah satu bentuk rasuah atau cubaan memancing undi.

Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan ia dibuat kerana iri hati dengan kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, tindakan tersebut dilakukan untuk memesongkan fikiran rakyat supaya lupa bantuan yang diterima sekali gus tidak menghargainya.

“Kerajaan bukan harapkan terima kasih tetapi kita perlu bersyukur dengan pemberian ini. Kalau di negara lain tidak ada bantuan seperti ini. Kerajaan bagi kerana ada duit.

"BR1M boleh dianggap satu subsidi. Kalau bantuan ini dikira rasuah, adakah semua bantuan kerajaan selama ini dalam bentuk subsidi dikira rasuah? Ini tidak betul dan kerajaan sentiasa beri subsidi untuk ringan beban rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Sekolah Kebangsaan Parit Jamil, Parit Tengah di sini hari ini.

Razali mengulas dakwaan pihak pembangkang yang menuduh pemberian BR1M adalah satu bentuk rasuah serta satu usaha memancing undi dan untuk itu rakyat perlu menyedarinya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment