My Add

Thursday 9 February 2012

Butiran penyenaraian FVG ke Suruhanjaya Sekuriti

PORT DICKSON, KHAMIS, 09 Februari, 2012: Semua butiran yang diperlukan bagi menyenaraikan Felda Ventures Global Holdings Bhd (FVGH) di Bursa Malaysia dijangka diserahkan kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk penilaian minggu depan, kata Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad. 

Beliau berkata keperluan itu yang kini dalam proses akhir penyediaannya meliputi perkara-perkara berkaitan perjanjian tanah, rekod lampau syarikat dan keuntungan syarikat.

"Semua keperluan tersebut yang diperlukan oleh SC sudah disediakan dan akan diserahkan pada minggu depan dan jika semuanya berjalan lancar, pertengahan bulan Mei kita akan dapat menyenaraikan FVGH di Bursa Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2011 dan Baucar Buku 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi di sini hari ini.

Isa berkata penstrukturan saham juga sudah hampir selesai di mana Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan terus menjadi pemegang saham terbesar manakala syarikat-syarikat pelaburan milik kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja turut ditawarkan saham. 

Katanya penstrukturan saham itu juga akan membolehkan kerajaan negeri yang menyumbang tanah kepada Felda mendapat peratusan saham masing-masing berdasarkan saiz tanah yang disumbangkan. 

"Selain itu kita ada beberapa peratus yang akan ditawarkan kepada pelabur-pelabur luar negara yang akan kita pilih. 

"Selain itu, seramai 112,635 peneroka yang menjadi ahli KPF turut diberikan peratusan saham-saham tersebut di mana mereka akan diberikan 'pink form' untuk memohon pembelian saham-saham," katanya. 

Isa berkata penyenaraian FVGH diterima baik oleh peneroka walaupun timbul kekeliruan terutama berkaitan cara untuk memiliki saham. 

Katanya sesi penerangan mengenai penyenaraian itu akan diteruskan bagi memberi pemahaman terutama tentang faedah yang bakal dinikmati oleh peneroka. 

"Kita yakin majoriti peneroka akan menerima kerana penyenaraian ini adalah sebagai medium untuk menyertai pasaran dunia," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment