My Add

Friday 3 February 2012

Caj tadika swasta masih berpatutan, munasabah - Ismail Sabri

SHAH ALAM, JUMAAT, 03 Februari, 2012: Caj yang dikenakan tadika swasta di negara ini masih berpatutan dan munasabah dengan pakej yang ditawarkan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, walaupun kementerian itu tidak mengawal secara langsung caj termasuk yuran yang dikenakan, pihaknya tetap memantau dengan meneliti permohonan francais yang dibuat pengusaha terbabit.

"Apabila menerima permohonan francais misalnya, kita akan teliti perkhidmatan serta pakej yang ditawarkan sama ada ia berpatutan atau tidak kepada pengguna.

"Tidak dinafikan terdapat perbezaan harga antara satu tadika dengan yang lain. Namun ia munasabah mengikut pakej yang ditawarkan dan perbezaannya tidak terlalu besar,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan cawangan ke-19 Tadika Genius Aulad di Seksyen 7, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment