My Add

Sunday 19 February 2012

CEO MII dapat anugerah Wanita Utama Asia

KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Februari, 2012: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia (MII), Khadijah Abdullah menerima anugerah “Wanita Utama Asia dalam Perbankan dan Kewangan" sebagai penghormatan di atas komitmen dan nilai-nilai kepimpinan beliau kepada pembangunan MII.

Anugerah itu juga sebagai penghargaan di atas dedikasi beliau dalam meningkatkan profesionalisme industri insurans di Malaysia dan pasaran sedang pesat membangun lain, kata MII dalam satu kenyataan.

Khadijah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di majlis makan malam gala yang diadakan bersempena dengan Forum Tahunan Wanita dalam Kepimpinan Asia 2012 dari 16-17 Februari, di sini.

Beliau telah menjalankan tugas yang cemerlang dalam mengubah sebuah organisasi bukan keuntungan menjadi sebuah institusi yang diiktiraf global, kata MII.

Sumbangan utama beliau terhadap industri tempatan termasuklah komitmen tidak mengenal penat lelah untuk memacu pembangunan modal insan industri insurans Malaysia, yang seterusnya menggerakkan inisiatif transformasi utama bagi industri insurans ke arah meningkatkan daya saing global.

Kepimpinan beliau telah mengangkat nama MII ke persada dunia dengan beberapa negara mengguna pakai program MII sebagai standard penanda aras mereka, kata institut itu.

Sumbangan besar ini menyaksikan MII mendapat pengiktirafan sebagai organisasi pertama Asia meraih anugerah berprestij “Penyedia Perkhidmatan Profesional Terbaik”, yang dimenanginya di London pada 2007. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment