My Add

Sunday 12 February 2012

Dakwaan `tangan ajaib' Raja Petra adalah fitnah: Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR, SABTU, 11 Februari, 2012: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini berkata, dakwaan beliau 'tangan ghaib' yang mendedahkan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah satu fitnah. 

 Katanya, dakwaan terbabit juga adalah satu usaha pembangkang untuk memutar belitkan isu NFC selain cuba melemahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

 "Dakwaan Raja Petra (Kamarudin) ini adalah satu fitnah," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul dan penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Pantai Dalam di sini.

Raja Nong Chik mengulas entri terkini pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bahawa beliau antara dalang yang mendedahkan skandal NFC yang mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment