My Add

Saturday 18 February 2012

DAP juga tidak sealiran

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 17 Februari, 2012: Selepas dibidas oleh orang ramai termasuk sekutunya, Pas kerana menyokong negara Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima satu lagi tamparan apabila sekutu rapatnya, DAP juga tidak sealiran dengan pandangannya.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menegaskan parti itu juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap rakyat Palestin serta tetap dengan pendiriannya tidak menyokong negara itu dan mengiktirafkan kewujudannya.

Beliau berkata, tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel tanpa menilai sama ada perkara itu betul atau sebaliknya adalah sesuatu yang terkutuk.

"Kita menyokong sepenuhnya agar rakyat Palestin mendirikan sebuah negara yang bebas dari Israel dan diiktiraf oleh semua negara di seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembukaan rasmi cawangan pertama restoran Penang One di sini hari ini.

Baru-baru ini, Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan sokongannya terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Tony Pua juga berharap agar dunia mengambil pendirian untuk menyokong Palestin supaya membentuk sebuah negara bebas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment