My Add

Thursday 9 February 2012

Eksport minyak sawit catat RM80 billion tahun lepas

TEMERLOH, KHAMIS, 09 Februari, 2012: Jumlah eksport minyak kelapa sawit Malaysia pada tahun lepas bernilai RM80 bilion, sekali gus muncul sebagai eksport komoditi terbesar di negara ini.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin berkata, penyumbang kedua eksport komoditi negara tahun lepas ialah getah, berjumlah RM20 bilion.

"Tahun lepas, secara keseluruhannya eksport komoditi negara bernilai RM130 bilion, dengan minyak sawit menjadi penyumbang terbesar (RM80 bilion), diikuti getah (RM20 bilion) dan selebihnya komoditi lain seperti koko dan kenaf,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Tokoh bertema Mahasiswa Pemangkin Perpaduan Bangsa, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam, Jengka, dekat sini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment