My Add

Saturday 11 February 2012

Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya kembali

KUALA LUMPUR, SABTU, 11 Februari, 2012: Fiesta tahunan Belon Udara Panas Putrajaya kembali lagi menampilkan 25 belon udara panas dari 12 negara. 

Edisi keempat fiesta dari 15 hingga 18 Mac ini pastinya memberikan inspirasi kepada para penonton sekali lagi dengan belon-belon udara panas ini yang datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna.

Pelawat edisi tahun lepas yang dianggarkan berjumlah 250,000 orang pasti tidak lupa dengan belon-belon udara panas yang terapung di langit Putrajaya dalam bentuk Darth Vader, satu daripada watak filem Star Wars, and watak kartun Doraemon, antara pelbagai bentuk luar biasa selain bentuk-bentuk asal.

Fiesta 2012 dilancarkan di Putrajaya baru-baru ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin. 

"Ini acara yang membanggakan Malaysia, dan ia benar-benar acara antarabangsa yang berasal sepenuhnya dari negara ini yang menarik penyertaan warga tempatan dan asing dari seluruh dunia," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment