My Add

Thursday 9 February 2012

Hindraf saman PM, TPM berhubung isu sekolah Tamil

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 09 Febeuari, 2012: Seorang peguam bersama Ketua Umum Hindraf hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk menuntut ganti rugi berhubung dakwaan kononnya sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil di negara ini ketinggalan dari segi bantuan.

M. Manoharan dan P. Uthayakumar selaku pihak plaintif menamakan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai defendan pertama dan kedua.

Pihak plaintif dalam pernyataan tuntutan antaranya menuntut perintah sekurang-kurangnya sebuah sekolah Tamil berasrama penuh didirikan di setiap daerah, khususnya untuk pelajar India yang miskin.

Pihak plaintif juga menuntut ganti rugi am dan teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment