My Add

Friday 3 February 2012

Isteri TPM meriahkan sambutan Maulidur Rasul


NOORAINEE Abdul Rahman (dua kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Imam Masjid Mukim Perol, Mohd. Fudin Tayid pada Majlis Maulidur Rasul di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU, JUMAAT, 03 Februti, 2012: Lebih 1,000 ahli Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Kelantan termasuk penduduk sekitar menghadiri Majlis Maulidur Rasul bersama isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Masjid Mukim Perol, dekat sini, semalam.

Majlis anjuran Wanita UMNO Ketereh itu bermula pukul 8 pagi dengan bacaan yasin, tahlil, ceramah Maulidur Rasul dan selawat beramai-ramai bagi memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Pada majlis itu, Norainee turut menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid berjumlah RM10,000 serta meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk di kawasan itu.

Terdahulu, Noorainee meluangkan masa selama satu jam menziarahi dan beramah mesra dengan pelatih pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Padang Kala Melor bersama Skuad Sayang Wanita UMNO.

Beliau turut menyampaikan sumbangan hamper serta tujuh buah kerusi roda kepada pusat berkenaan untuk kegunaan pelatih. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment