My Add

Friday 10 February 2012

Isu gambar separuh bogel: Polis tak akan ekstradisi Hilmi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 10 Februari, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang mengektradisi rakyat Malaysia bernama Hilmi Hazimin Malek, 37, yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Indonesia bagi membantu siasatan penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, Hilmi Hazimin mungkin perlu menjalani pendakwaan berhubung kesalahan imigresen di Indonesia terlebih dahulu.

"Kita belum dapat laporan penuh daripada polis Indonesia tetapi kemungkinan Hilmi akan didakwa dan dihukum di sana. Selepas selesai perkara itu baru polis di sini akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul di Bukit Aman hari ini.

Sebuah portal Indonesia pada Sabtu lepas melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai ’Azmin Helmi’, yang kemudian disahkan sebagai Hilmi Hazimin, ditahan oleh Imigresen Indonesia di Pulau Batam kerana memiliki dokumen palsu.

Dia dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dikatakan mempunyai kad pengenalan dan kad keluarga Indonesia palsu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment