My Add

Thursday 9 February 2012

Jabatan Audit Negara ikut standard antarabangsa

KOTA KINABALU, KHAMIS, 09 Februari, 2012: Jabatan Audit Negara menjalankan kerja pengauditan bagi semua jabatan serta agensi secara profesional mengikut standard kualiti antarabangsa tanpa bersikap prejudis terhadap mana-mana pihak, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Beliau berkata, juruaudit di bawah institusi yang berusia kira-kira 100 tahun itu diyakini melaksanakan tugas berdasarkan standard latihan yang tinggi selain kualiti kerja yang boleh dipertahankan.

“Saya yakin kami tidak terkeliru dengan apa yang kita cakap kerana institusi audit ini sudah 100 tahun. Kita ada standard dan kita yakin dengan apa yang kita cakap di atas mementingkan kebenaran berdasarkan pemeriksaan fakta dan dokumen yang disemak,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN Supreme Audit Institution (ASEANSAI) di sini hari ini.

Mesyuarat selama dua hari berakhir esok itu dirasmikan oleh Pengerusi ASEANSAI yang juga Ketua Audit Indonesia Drs. Hadi Poernomo.

Ambrin berkata demikian bagi mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang turut mengaitkan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang mendapat perhatian ramai kerana kegagalan memenuhi matlamat penubuhannya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment