My Add

Sunday 19 February 2012

Jabatan Penerangan sasar 2,000 komuniti 1Malaysia

SUNGAI PETANI, SABTU, 18 Februari, 2012: Jabatan Penerangan menyasarkan sebanyak 2,000 Komuniti 1Malaysia ke arah mengukuhkan perpaduan kaum, diwujudkan di seluruh negara sehingga hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Ibrahim Abd Rahman berkata, kini terdapat 1200 Komuniti 1Malaysia di seluruh negara dan daripada jumlah itu wujud 30 peratus komuniti campuran yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Kita sasar akan ada tambahan 800 lagi Komuniti 1Malaysia sehingga hujung tahun ini di seluruh negara terutamanya kita nak memperbanyakkan lagi komuniti bersifat campuran yang mana ada Melayu, Cina, Siam, India umpamanya di kawasan taman perumahan yang mempunyai penduduk berbilang kaum," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Khidmat Komuniti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Komuniti 1Malaysia 2012 di Padang Awam Pantai Merdeka dekat sini hari ini.

Ibrahim berkata, kewujudan Komuniti 1Malaysia merupakan satu gerakan massa di peringkat akar umbi bagi melaksanakan program komuniti berasaskan prinsip yang ditetapkan di bawah Gagasan 1Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment