My Add

Sunday 12 February 2012

Kerajaan akan semak semula elaun guru besar

IPOH, SABTU, 11 Februari, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan menyemak semula elaun guru besar yang didakwa terlalu rendah.

"Saya janji perkara ini kita akan semak semula. Pada prinsipnya saya setuju tapi bukan saya nak bayar duit itu. Yang bayar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya bagi menjawab soalan seorang guru besar pada Majlis Dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Perak di sini hari ini.

Semasa sesi itu, guru berkenaan membangkitkan kepada Muhyiddin bahawa guru besar hanya menerima elaun sebanyak RM100 sebulan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, perkara itu perlu dikaji dengan teliti kerana ia melibatkan kewangan kerajaan.

"Jika amount (peruntukan) tidak besar boleh diambil kira," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment