My Add

Sunday 12 February 2012

Kerajaan Selangor tak ambil berat pendidikan rakyat

TANJONG KARANG, SABTU, 11 Februari, 2012: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengambil berat soal pendidikan anak-anak Selangor terutamanya mereka yang di luar bandar.

Beliau berkata, kerajaan negeri di bawah BN dahulu mengambil inisiatif membela anak-anak Selangor mendapatkan pendidikan lebih baik untuk mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Bila PKR memerintah mereka jadi seperti tikus membaiki labu bukan hendak membaiki tetapi menjahanamkan lagi struktur yang telah kita (BN) bina, mereka hendak robohkan asrama (yang dibina Yayasan Selangor) itu," katanya selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Harun di sini hari ini

Beliau berkata, kerajaan BN dahulu menubuhkan Yayasan Selangor bagi membantu murid di luar bandar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mendapatkan kemudahan pendidikan lebih baik di sekolah ternama di Kuala Lumpur seperti SMK St John, Victoria Institution dan beberapa sekolah elit lain.

"Anak-anak Selangor yang mendapat tajaan Yayasan Selangor ditempatkan di Asrama Toh Puan Norashikin dan Tun Dr Ismail di Kampung Pandan, Kuala Lumpur tetapi apa yang menyedihkan kini adalah pihak pengurusan Yayasan Selangor mahu merobohkan kedua-dua asrama itu dan membangunkan tapak asrama itu bagi projek komersil," katanya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Katanya, mulai tahun ini, Yayasan Selangor juga tidak mengambil pelajar Tingkatan Satu untuk bersekolah di Kuala Lumpur tetapi menaja pelajar untuk ditempatkan di asrama-asrama daerah - UTUSAN

No comments:

Post a Comment