My Add

Friday 10 February 2012

Ketua kaum diminta bantu agih BR1M

SERIAN, JUMAAT, 10 Februari, 2012: Kerajaan Sarawak akan meminta bantuan ketua kaum bagi mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang layak di semua 180 kampung di daerah Serian.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan negeri, Datuk Seri Michael Manyin berkata, tindakan itu akan memudahkan penyerahan baucar sebanyak RM500 tersebut kepada pemohon dari pedalaman yang menghadapi kekangan logistik.

"Wang tunai sebanyak RM500 ini adalah untuk meringankan beban keluarga serta perbelanjaan anak sekolah, lebih-lebih lagi kerana harga barangan telah naik dan bukan untuk pergi ke kedai kopi," katanya ketika merasmikan majlis penyerahan BR1M kepada 1,212 penerima dari daerah Serian di sini hari ini.

Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tebedu berkata, penyerahan BR1M kepada rakyat yang layak membuktikan kejujuran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berani berjanji kerana mampu menunaikan janji kepada rakyat.

Seramai 21,300 pemohon yang layak akan menerima bantuan BR1M bernilai RM10.6 juta di daerah ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment