My Add

Friday 3 February 2012

Malaysia minta ASEAN kurangkan beli aset pertahanan luar

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 03 Februari, 2012: Negara-negara ASEAN disaran mengurangkan perbelanjaan aset pertahanan dari luar rantau dan menggalakkan pembangunan senjata antara negara anggota.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak AS$25 bilion dibelanjakan oleh negara-negara ASEAN setiap tahun bagi membeli aset pertahanan dan ini wajar dikurangkan.

"Kita harap wang itu tidak dibelanjakan di luar rantau ASEAN, dan jika ia perlu juga dibelanjakan, ia biarlah bersekitar kecairannya di sekitar negara ASEAN dan tidak di luar rantau ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zahid sebelum itu menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jen Zulkifeli Mohd. Zin.

Pada 2009, Zahid mencadangkan Penubuhan Kolaborasi Industri Pertahanan ASEAN (ADIC) sebagai langkah mengurangkan import aset dari negara di luar ASEAN, kecairan pertukaran mata wang asing yang lebih menguntungkan negara ASEAN dan kebolehan berdiri sendiri menggunakan aset serta produk yang dihasilkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment