My Add

Saturday 11 February 2012

MCA Pahang tubuh jawatankuasa pantau aktiviti Lynas

KUANTAN, SABTU, 11 Februari, 2012: MCA Pahang akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau operasi syarikat Lynas Advance Material Plants (LAMP) yang diberi lesen beroperasi sementara (TOL). 

Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata jawatankuasa itu yang akan ditubuhkan bersama beberapa persatuan Cina di negeri ini akan memastikan LAMP mematuhi lima syarat yang ditetapkan di bawah TOL itu.

"Kita mahu pastikan Lynas patuh kepada peraturan yang ditetapkan supaya kesihatan dan keselamatan penduduk di Kuantan diutamakan dan tidak terjejas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa MCA Pahang di sini, hari ini.

Liow yang juga Menteri Kesihatan berkata, langkah itu juga akan membantu jawatankuasa khas yang ditubuhkan kementeriannya beberapa bulan lalu bagi tujuan sama. 

"Jawatankuasa (di bawah kementerian) ini mempunyai panel yang dibarisi pakar kesihatan kita di mana kita melihat sama ada operasi Lynas akan membahayakan kesihatan penduduk Kuantan dan sekiranya ada kita akan keluarkan cadangan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment