My Add

Friday 10 February 2012

MDPT tutup pasar sehari Naka

Oleh SAFINA RAMLI

ALOR SETAR, JUMAAT, 10 Februari, 2012: Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) berjaya menjalankan operasi penutupan tapak pasar sehari Naka pada Ahad minggu lalu dan operasi itu akan diteruskan Ahad ini.

Pegawai Kesihatan Persekitaran MDPT, Mohamad Nzari Ahmad berkata, pihak Koperasi Serbaguna Pekan Naka telah diberi arahan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sehingga keadaan memuaskan.

“Sekiranya gagal, MDPT akan terus menutup operasi di pekan sehari ini dan pihak majlis sedang menimbang pandangan para peniaga serta perkata tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDPT pada 15 Febuari ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, semalam.

Menurutnya, pihak Koperasi Serbaguna Pekan Naka telah memaklumkan kepada MDPT bahawa kerja-kerja pembersihan pasar sehari itu sedang giat dijalankan.

“Pihak koperasi juga memaklumkan bahawa mereka sedang melaksanakan pendaftaran semula peniaga yang akan diadakan esok sehingga Sabtu bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengahari.

“Para peniaga dinasihatkan agar mendaftar dengan pihak koperasi dengan segera,” ujarnya.

Tambahnya, peniaga-peniaga di pasar malam di pekan Naka tidak terlibat dalam operasi tersebut dan boleh meneruskan perniagaan seperti biasa.

“Walaubagaimanapun peniaga pasar malam dan gerai berhampiran yang tidak terlibat dalam operasi dinasihatkan sentiasa menjaga kebersihan kawasan perniagaan masing-masing serta memastikan bahawa perniagaan mereka mempunyai lesen yang sah dari MDPT,” katanya. - UTUSANA

No comments:

Post a Comment