My Add

Friday 3 February 2012

Nik Aziz kata mahu berundur tapi dihalang PAS Kelantan

KOTA BHARU, KHAMIS, 03 Januari, 2012: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh Pas Kelantan. 

"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz ditanya pandangannya berhubung hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan tidak mahu bertanding kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz berkata keputusan Abdul Hadi berbuat demikian "adalah masalah dia", dan sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak mampu berbuat sesuatu terhadap pemimpin tertinggi Pas itu. 

Katanya Pas kini mempunyai banyak tokoh berkelayakan untuk menjadi calon, termasuk mereka yang berpendidikan tinggi dan profesional, berbanding guru-guru pondok dan orang kampung sebelum ini. 

Nik Aziz berkata beliau akan melancarkan pungutan tabung bagi membantu masyarakat Islam Thailand yang menjadi mangsa pembunuhan pihak berkuasa negara itu. 

Katanya beliau akan mengumpul kutipan itu melalui sumbangan wang rakyat dan tidak akan menggunakan wang kerajaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment