My Add

Monday 13 February 2012

Pas hanya pandai berjanji

BACHOK, AHAD, 12 Februari, 2012: UMNO Kelantan yakin rakyat di negeri ini mampu membuat keputusan untuk memilih kerajaan yang lebih baik dan menilai dengan sewajarnya selepas 21 tahun berada di bawah pentadbiran Pas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin (gambar) berkata, dasar membantu dan membela kebajikan rakyat menjadi tradisi dan amalan kepemimpinan UMNO yang dilaksanakan secara berterusan selaras aspirasi dan hala tuju Kerajaan Persekutuan.

“Ini termasuk memastikan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi dalam pelbagai keperluan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Rakyat sendiri pun sedar banyak kelemahan kerajaan Pas Kelantan yang gagal menyelesaikan masalah rakyat dan tidak menunaikan janji yang ditaburkan sepanjang pilihan raya umum yang lalu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang, di Pangkalan Cina, dekat sini malam tadi.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan dan Ketua UMNO bahagian Bachok berkata, janji yang paling jelas gagal ditunaikan oleh Pas Kelantan ialah membina jambatan di Pangkalan Cina, dekat sini yang sepatutnya sudah siap dibina.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat telah menyatakan kesediaan untuk membina jambatan berkenaan untuk memberi kemudahan kepada penduduk kawasan berkenaan.

“Tetapi kita gagal untuk melaksanakannnya apabila kerajaan Pas Kelantan bertindak membina cerucuk dan tiang jambatan di kawasan itu tetapi tertangguh pembinaannya sejak sekian lama.

“Kini yang ada hanyalah tiang-tiang konkrit dan dalam saat hampir pilihan raya ini kelihatan jentera berat ditempatkan di kawasan itu untuk mengabui mata rakyat,” katanya.

Kata beliau, projek yang terbengkalai itu menyebabkan penduduk dari beberapa kampung terpaksa menggunakan laluan yang jauh untuk ke pekan Jelawat atau ke bandar Bachok terutama apabila jambatan Tok Guru di Sungai Kuau roboh pada musim banjir akhir tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment