My Add

Thursday 16 February 2012

Pas tidak gusar UMNO anggap Kedah negeri boleh menang

ALOR SETAR, RABU, 15 Februari, 2012: Pas Kedah tidak gusar dengan kenyataan UMNO yang menyifatkan Kedah sebagai winnable state atau negeri boleh menang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Sebaliknya, Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, semua itu terletak di tangan rakyat.

"Itu hak dia (UMNO). Ini negeri bebas...aturlah strategi. Kita dah buat macam-macam...jika rakyat sokong Alhamdulillah...kita dok (dapat mentadbir) lagi, kalau rakyat tak mahu apa boleh buat,” katanya sambil ketawa.

Beliau yang ditemui pemberita di sini hari ini, diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan ke sini semalam, bahawa Kedah merupakanwinnable state BN jika pemimpin parti peringkat negeri terutama UMNO, dapat menyelesaikan masalah dalamannya.

Mengulas lanjut, Azizan turut menyangkal pakatan pembangkang mempunyai masalah yang jauh lebih besar berbanding UMNO. — BERAMA

No comments:

Post a Comment