My Add

Thursday 9 February 2012

Pembeli dipastikan punya rekod baik - Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 09 Februari, 2012: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pembangkang tidak perlu mempertikaikan kemampuan pembeli Projek Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam DBKL (PA DBKL) untuk membayar balik pinjaman.

Ini kerana kementerian telah mengenal pasti dan memastikan pembeli yang ditawarkan itu adalah golongan yang tidak mempunyai tunggakan sewa, tiada rekod buruk dan berkeupayaan untuk membayar balik pinjaman mereka, kata beliau.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan pembangkang kononnya skim khas pembelian rumah PPR-MTEN dan PA DBKL itu yang melibatkan wang pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai berisiko tinggi kerana peserta skim itu berpendapatan rendah.

"Pembeli yang dimaksudkan adalah yang dahulu duduk setinggan dan sekarang telah duduk di kawasan flat-flat ini dan mereka telah lama meminta untuk memiliki rumah PPR ini.

"Tetapi oleh kerana mungkin pada masa itu situasi itu belum sesuai, ia (pembelian rumah) tidak ditawarkan,” kata Raja Nong Chik ketika ditemu bual Bernama.

No comments:

Post a Comment